fbpx

THE RICH SCENTS

Tips memilih perfume untuk lelaki

Tips memilih perfume untuk lelaki

Rata-rata rakan lelaki saya tidak memakai perfume sebagai aksesori harian mereka. Dan juga tiada tips memilih perfume untuk lelaki boleh dijadikan panduan untuk mereka memilih perfume apakah paling sesuai dan kena dengan cara kehidupan seharian mereka.

Perfume adalah aksesori yang halimunan dalam personal style manusia. Ia merupakan senjata paling hebat untuk orang lain melihat dan mengingati tentang kita

Dalam blog saya kali ini, saya akan memberi tips memilih perfume untuk lelaki paling sesuai mengikut cara kehidupan sehari kita.

Mari kita bermula dengan pekerjaan dahulu.

Tips memilih perfume untuk lelaki – luar pejabat

Anda adalah seorang yang selalu bekerja diluar, hanya masuk kepejabat pada waktu pagi dan keluar samaada berjumpa pelanggan atau memantau projek syarikat.

Anda memerlukan perfume yang beraroma aromatic kerana selalunya perfume sebegini tahan dan ia juga dapat menutup bau peluh akibat cuaca negara kita yang panas. Selain dari itu perfume yang fresh dan fresh spicy juga antara yang saya boleh katakan sesuai. Cuma perfume fresh selalunya perlu disembur lagi kerana kekuatan perfume ini tidak berapa tinggi apabila anda berada diluar.


Tips memilih perfume untuk lelaki – dalam pejabat

Apabila anda datang kepejabat, semestinya anda inginkan rakan-rakan anda lihat anda berada di tahap terbaik. Perfume yang berbau citrus atau woody adalah pilihan yang saya sarankan untuk anda pilih. Tetapi kadang-kadang perfume yang ada unsur aromatic-fougere boleh dijadikan perfume khas jika anda memilih untuk tidak berada dalam kelompok itu.


Tips memilih perfume untuk lelaki – Maskulin

Ada yang kata bau macho. Walau apa pun kategori minyak wangi ini selalu dikaitkan dengan bau yang kuat & tahan lama. Saya suka untuk mensarankan bauan dari cinnamon yang sangat mengambarkan lelaki yang inginkan bau perfume yang maskulin. Selain dari itu bauan dari caramel dan coffee juga sesuai untuk lelaki kategori ini.


Tips memilih perfume untuk lelaki – Remaja

Remaja memang aktif. Mereka memerlukan minyak wangi yang trendy dan sesuai dengan jiwa mereka yang muda. Saya menyarankan beri mereka minyak wangi yang ada bau dari pink pepper yang agak pedas, bauan dari marine dan mint.

Jom kenali The Rich Scents melalui Sosial Media

Diharap tips-tips diatas memberi manfaat kepada anda yang membaca dan dapat memilih perfume yang sesuai dengan kerjaya masing-masing

Perfume Terbaru Di The Rich Scents

Anda Mungkin Suka Baca Blog Dibawah

Komen Di Sini

Leave a Reply