Inspired Perfume Malaysia

Persis Jenama Antarabangsa

7 Cara Pakai Minyak Wangi Yang Betul

cara pakai minyak wangi

Key Takeaways

Apakah cara pakai minyak wangi yang betul?

Cara pakai minyak wangi yang betul ialah sembur selepas badan kering, gunakan wangian yang sama sepanjang hari, dan elakkan mencampurkan perfume yang berlainan.

Bagaimana cara pakai perfume supaya tahan lama?

Untuk lebih tahan lama, semburkan perfume pada titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan, dan belakang lutut, serta elakkan menggosok kawasan yang telah disembur.

Apa lagi yang perlu diberi perhatian ketika memakai minyak wangi?

Anda digalakkan sembur dari bawah ke atas, fahami perbezaan penggunaan Eau De Toilette dan Eau De Parfum, dan simpan perfume di tempat gelap pada suhu bilik.

Artikel ini akan menerangkan tentang cara pakai minyak wangi dan cara membuat minyak wangi tahan lama.

Minyak wangi adalah satu lagi elemen penting dalam rutin harian kita. Ia boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dan memberikan kesan yang menyegarkan. Namun, ramai yang tidak tahu cara memakainya dengan betul. Berikut adalah 7 cara memakai minyak wangi dengan betul:

Cara Pakai Minyak Wangi Yang Betul

minyak wangi mahal

1. Seelok-eloknya keringkan badan dahulu baru sembur di badan. Bukan ketika badan basah.

2. Memakai minyak wangi yang sama sepanjang hari bukannya sebelum pergi kerja sembur brand A dan masa ditempat kerja sembur brand B.

3. Memakai atau sembur perfume di tempat yang betul ialah asas cara spray perfume dengan betul. Apabila anda memahami cara pakai perfume yang betul, wangian akan menjadi lebih sekata, lebih kemas, dan lebih menyerlah sepanjang hari.

4. Sembur dari atas ke bawah.
Kebiasaannya kita akan memakai minyak wangi dari kepala hingga ke bawah. Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga, ada bezanya.

5. Sembur minyak wangi pada baju atau badan?
Sembur minyak wangi pada baju atau badan ialah salah satu perkara penting dalam cara pakai perfume yang betul. Ini kerana setiap jenis perfume mempunyai cara penggunaan berbeza bergantung pada kepekatan dan kesesuaiannya pada badan atau pakaian.

6. Elakkan menggosok tempat perfume disembur. Jika menggunakan perfume jenis spray, elakkan menggosok tempat yang anda spray tersebut lebih-lebih lagi di pergelangan tangan. Kalau Admin sendiri, selepas spray di pergelangan tangan, admin cuma akan palitkan kesan semburan tadi ke pergelangan tangan yang satu lagi sahaja. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi tahan lama.

7. Tempat yang paling sesuai menyimpan perfume adalah di tempat gelap dan bersuhu bilik.

Cara Pakai Perfume Untuk Tahan Lama

Selain itu, cara pakai perfume untuk tahan lama boleh dipertingkatkan dengan menyapu petroleum jelly atau Vaseline terlebih dahulu sebelum menyembur perfume kegemaran anda pada bahagian yang dikehendaki.

Dalam cara pakai perfume untuk tahan lama, anda disarankan menyembur perfume pada titik nadi untuk mendapatkan hasil bauan yang lebih tahan lama dan lebih jelas.

Cara pakai perfume yang berkesan ialah dengan menyapukan minyak wangi pada titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan belakang lutut kerana kawasan ini membantu menyebarkan bau dengan lebih baik.

Sapukan minyak wangi pada rambut anda.

Campurkan minyak wangi dengan losyen badan atau mandian anda .

Cara Pakai Minyak Wangi Ikut Sunnah

Mengikut cara Rasulullah memakai minyak wangi, jika memakai minyak wangi, tuangkan ke tapak tangan dan mulakan usap dari alis mata hingga ke kepala.

“Ibnu Umar apabila ingin berwangian maka dia akan berwangian dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain atau berwangi dengan kafur atau mencampurkan kafur dan kemenyan.

Dia berkata: Dengan cara beginilah Rasulullah SAW selalu berwangian.”

“Pasti engkau akan dapat bauan wangian dari penjual minyak wangi samada membelinya atau tidak.

Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (Sahih Bukhari No: 1959).

Cara Memilih Perfume Yang Sesuai.

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih minyak wangi yang sesuai supaya cara pakai minyak wangi anda menjadi lebih tepat dan sesuai dengan personaliti harian.

Pilih wangian yang sesuai dengan personaliti anda.

Pertimbangkan jenis bauan yang anda suka pakai sama ada bau bunga atau tanah.

Pertimbangkan berapa kerap anda akan memakai minyak wangi dan pada majlis apa anda biasanya memakai minyak wangi.

Pilih wangian yang sesuai dengan kesesuaian aktiviti harian kerana setiap bauan ini akan mendatangkan mood yang berbeza-beza untuk anda.

Memilih sendiri wangian yang sesuai dengan selera anda.

Anda juga boleh mencuba perfume The Rich Scents yang membawa pengalaman mereka dalam memilih perfume yang sesuai dengan anda. Pilihan perfume lelaki dan perfume wanita yang pasti membuatkan anda terpikat.

The Rich Scents.

FAQ

Q: Apakah cara pakai minyak wangi dan cara pakai perfume yang betul supaya bau lebih menyerlah?

A: Cara pakai minyak wangi dan cara pakai perfume yang betul ialah menyemburnya selepas badan kering, pada titik nadi yang sesuai, dan mengelakkan perbuatan menggosok kawasan yang telah disembur.

Q: Bagaimana cara pakai minyak wangi agar tahan lama?

A: Untuk menjadikan wangian lebih tahan lama, anda boleh sapukan sedikit petroleum jelly atau Vaseline terlebih dahulu sebelum menyembur perfume pada titik nadi.

Q: Perlukah sembur minyak wangi pada baju atau badan?

A: Penggunaan minyak wangi bergantung pada jenisnya. Dalam artikel ini, Eau De Toilette disarankan disembur pada badan selepas mandi, manakala Eau De Parfum lebih sesuai disembur pada baju.

Q: Di manakah tempat terbaik dalam cara spray perfume dengan betul?

A: Tempat terbaik dalam cara spray perfume dengan betul ialah pada titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan, dan belakang lutut kerana kawasan ini membantu wangian bertahan lebih lama.

Q: Bagaimana cara simpan minyak wangi supaya kualitinya terjaga?

A: Minyak wangi sebaiknya disimpan di tempat yang gelap dan pada suhu bilik supaya kualiti dan baunya kekal baik lebih lama.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!