Artikel ini akan menerangkan tentang cara pakai minyak wangi dan cara membuat minyak wangi tahan lama.
Minyak wangi adalah satu lagi elemen penting dalam rutin harian kita. Ia boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dan memberikan kesan yang menyegarkan. Namun, ramai yang tidak tahu cara memakainya dengan betul. Berikut adalah 7 cara memakai minyak wangi dengan betul:
Cara Pakai Minyak Wangi Yang Betul
- Seelok-eloknya keringkan badan dahulu baru sembur di badan. Bukan ketika badan basah.
- Memakai minyak wangi yang sama sepanjang hari bukannya sebelum pergi kerja sembur brand A dan masa ditempat kerja sembur brand B.
- Memakai atau sembur perfume di tempat yang betul. Untuk tahu cara sembur ditempat yang betul.
- Sembur dari atas ke bawah.
Kebiasaannya kita akan memakai minyak wangi dari kepala hingga ke bawah. Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga, ada bezanya. - Sembur minyak wangi pada baju atau badan?
Cara penggunaan antara Eau De Toilette dan Eau De Parfum adalah berbeza. Memakai perfume Eau De Toilette di badan selepas mandi dan sembur Eau De Parfum di baju. Kami akan huraikan kenapa di artikel akan datang nanti. - Elakkan menggosok tempat perfume disembur. Jika menggunakan perfume jenis spray, elakkan menggosok tempat yang anda spray tersebut lebih-lebih lagi di pergelangan tangan. Kalau Admin sendiri, selepas spray di pergelangan tangan, admin cuma akan palitkan kesan semburan tadi ke pergelangan tangan yang satu lagi sahaja. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi tahan lama.
- Tempat yang paling sesuai menyimpan perfume adalah di tempat gelap dan bersuhu bilik.
Cara Pakai Perfume Untuk Tahan Lama
Selain itu, terdapat juga cara pakai perfume untuk tahan lama seperti menggunakan petroleum jelly atau Vaseline sebelum menyemburkan perfume kegemaran anda ke bahagian yang anda ingin semburkan perfume tersebut.
Kami sarankan supaya semburkan perfume ke titik nadi untuk mendapat hasil yang lebih tahan lama.
Sapukan minyak wangi pada titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan belakang lutut.
Sapukan minyak wangi pada rambut anda.
Campurkan minyak wangi dengan losyen badan atau mandian anda .
Cara Pakai Minyak Wangi Ikut Sunnah
Mengikut cara Rasulullah memakai minyak wangi, jika memakai minyak wangi, tuangkan ke tapak tangan dan mulakan usap dari alis mata hingga ke kepala.
“Ibnu Umar apabila ingin berwangian maka dia akan berwangian dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain atau berwangi dengan kafur atau mencampurkan kafur dan kemenyan.
Dia berkata: Dengan cara beginilah Rasulullah SAW selalu berwangian.”
“Pasti engkau akan dapat bauan wangian dari penjual minyak wangi samada membelinya atau tidak.
Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (Sahih Bukhari No: 1959).
Cara Memilih Perfume Yang Sesuai.
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih minyak wangi yang sesuai:
Pilih wangian yang sesuai dengan personaliti anda.
Pertimbangkan jenis bauan yang anda suka pakai sama ada bau bunga atau tanah.
Pertimbangkan berapa kerap anda akan memakai minyak wangi dan pada majlis apa anda biasanya memakai minyak wangi.
Pilih wangian yang sesuai dengan kesesuaian aktiviti harian kerana setiap bauan ini akan mendatangkan mood yang berbeza-beza untuk anda.
Memilih sendiri wangian yang sesuai dengan selera anda.
Anda juga boleh mencuba perfume The Rich Scents yang membawa pengalaman mereka dalam memilih perfume yang sesuai dengan anda. Pilihan perfume lelaki dan perfume wanita yang pasti membuatkan anda terpikat.