Kenali jenama The Rich Scents secara lebih dekat

Perfume inspired adalah perfume yang diilhamkan dimana baunya hampir menyerupai bau perfume original.

Kami hanya menjual perfume inspired berkualiti tinggi. Berkepekatan EDP.

Ya. Sah dibawa solat. Perfume ini dihasilkan dengan kandunganya tiada unsur yang bercanggah dengan islam. Alkohol yang digunakan adalah dari Ekstrak tebu.

65-70%. Setiap perfume mempunyai percentage pati yang berbeza bagi memastikan bau yang perfume dihasilkan menyerupai perfume original. Perlu diingatkan ketahanan perfume bukan 100% bergantung kepada jumlah pati digunakan, tetapi beberapa campuran rahsia lain yang digunakan. Antaranya bahan penguat bau supaya bau perfume inspired kami hasilkan lebih kick dan tahan lebih lama.

Kami menjual perfume inspired mengikut bau perfume original. Kami tidak membanding dengan perfume inspired dari mana-mana brand. Setiap raw material yang digunakan untuk production diuji terlebih dahulu sebelum penghasilan perfume bagi memastikan perfume dihasilkan benar-benar mirip perfume original. Perfume inspired kami sangat berkualiti tinggi dan ramai dikalangan owner-owner brand perfume inspired sentiasa repeat order menandakan pelanggan mereka berpuas hati dengan kualiti perfume kami hasilkan.

Ketahanan bau wangian perfume adalah subjektif bergantung kepada banyak faktor antaranya keadaan cuaca, suhu, keadaan kulit pemakai samada lembab atau kering, serta cara pemakaian perfume. Anggaran biasa ketahanan wangian perfume kami adalah antara 8 hingga 12 jam. Tiada ukuran yang spesifik untuk setiap wangian. Jangan sangka walaupun anda membeli perfume mahal di butik mewah ketahanan bau semua perfumenya adalah long lasting. Anda boleh menyemak melalui laman web fragrantica.com dan ketahui pendapat umum mengenai ketahanan bau & kekerasan (sillage) perfume kegemaran anda.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!