pantang larang kaum cina

Perfume Dan Pantang Larang Kaum Cina Dalam Memberi Hadiah

Banyak ke pantang larang kaum cina dalam memberi hadiah sempena tahun baru cina? Dan adakah pemberian hadiah perfume terlibat dalam pantang larang kaum cina? Jom kita ketahui dengan lebih lanjut.

hadiah untuk kaum cina

Tahun baru cina merupakan salah satu perayaan yang disambut bukan sahaja oleh orang cina, malahan orang melayu dan india di Malaysia. Hasil daripada keharmonian yang diamalkan oleh kebanyakan warga Malaysia, kita dapat hidup bersama walaupun berlainan bangsa dan agama.

Kebanyakan orang Malaysia mempunyai rakan yang berbangsa cina dan ingin membuat mereka gembira dengan memberikan hadiah kepada mereka. Namun, kebanyakan orang bukan berbangsa cina tidak mengetahui bahawa terdapat beberapa pantang larang kaum cina.

Pantang Larang Kaum Cina Itu Wujud

Bagi kaum yang bukan berbangsa cina, mereka semestinya tidak mengetahui bahawa pantang larang kaum cina wujud melainkan rakan mereka yang berbangsa cina menceritakan pantang larang tersebut.

Oleh yang demikian, anda mungkin akan melanggar pantang larang kaum cina sekiranya anda tidak melakukan sebarang kajian berkenaan pantang larang tersebut sewaktu tibanya perayaan tahun baru cina. Jadi, adalah lebih baik bagi kita mengetahuinya.

5 Pantang Larang Orang Cina Dalam Memberi Hadiah

Pantang larang ini sebenarnya sangat dipercayai oleh warga berbangsa cina dan melanggarnya boleh menjejaskan persahabatan dengan mereka. Oleh yang demikian, mari kita ketahui 5 pantang larang tersebut.

1. Jam Tangan

Hadiah Untuk Boss Lelaki Jam

Anda mungkin mempunyai bos ofis yang berbangsa cina dan anda ingin menghadiahkan kepadanya jam tangan yang mahal dan berjenama, namun adalah lebih baik bagi anda untuk melupakan hasrat tersebut.

Ini adalah kerana perkataan yang datang daripada “memberi jam” dalam bahasa cina berbunyi seakan-akan sama seperti “menghadiri pengebumian”. Itu merupakan punca utama ianya menjadi satu hadiah yang tidak sesuai untuk diberikan pada tahun baru cina.

2. Buah Pear

Ingat, warga berbangsa cina sangat percaya dengan pantang larang mereka dan ianya tidak boleh diambil ringan. Sebagai contoh, buah pir tidak dihidangkan atau dibeli pada tahun baru cina.

Namun, kenapakah ianya menjadi sedemikian? Ini ialah kerana sebutan buah pir dalam bahasa cina adalah hampir sama seperti perkataan “berpisah”. Oleh itu, buah pir tidak digunakan sebagai hadiah pada tahun baru cina

3. Bunga Potong

Kematian merupakan kepercayaan yang sangat dipercayai oleh bangsa cina dan diambil berat. Sebagai contoh, mereka sangat tidak menyukai nombor 4 yang dikaitkan dengan kematian.

Bunga potong juga tidak terkecuali apabila anda ingin menghadiahkan kepada mereka pada tahun baru cina terutama sekali bunga berwarna putih atau kuning kerana bunga berwarna itu seringkali akan diberikan semasa kematian seseorang.

4. Kasut

Jika anda orang yang muda, semestinya anda suka apabila anda menerima hadiah sepasang kasut yang berjenama. Namun, ianya adalah sebaliknya apabila anda ingin memberikannya kepada rakan cina anda pada tahun baru cina.

Perkataan kasut sebenarnya mempunyai persamaan dalam sebutannya dengan “kejahatan”. Oleh yang demikian, ianya langsung tidak disukai oleh warga berbangsa cina apabila anda menghadiahkan sepasang kasut kepada mereka.

5. Wang Tunai Lama Atau Bungkusan Putih

Adakah anda perasan bahawa angpau pada tahun baru cina seringkali berwarna emas dan merah? Ini adalah disebabkan oleh warna seperti hitam dan putih memberikan maksud kematian.

Selain itu, mereka juga tidak menyukai pemberian hadiah wang tunai yang lama, renyuk, atau koyak kerana tahun baru perlulah dimulakan dengan wang yang baru.

Adakah Perfume Selamat Untuk Diberikan Sebagai Hadiah Untuk Orang Cina?

Kami telah melakukan kajian yang mendalam terhadap pantang larang kaum cina, namun, tiada sebarang pantang larang yang melibatkan pemberian perfume sebagai hadiah sempena tahun baru cina, jadi anda bolehlah memberikan perfume kepada sahabat cina anda.

Namun, anda juga perlu ketahui bajet yang anda boleh keluarkan kerana zaman covid ini, ekonomi bukan berjalan dengan pesat. Lawati laman web  The Rich Scents sekiranya anda sedang mencari hadiah perfume lelaki atau hadiah perfume wanita yang mempunyai bau yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!