Tips Memilih Minyak Wangi

5 Tips Memilih Minyak Wangi Wanita

Artikel ini adalah mengenai  5 tips memilih minyak wangi sebelum memilih minyak wangi wanita 

Anda mempunyai seorang teman wanita ataupun seorang rakan yang anda ingin memberikan hadiah sama ada untuk acara istimewa seperti hari jadinya ataupun sekadar untuk menghargainya? Anda perlu pilih bau yang sesuai untuknya.

Sekiranya anda agak baru dalam ilmu berkenaan bauan minyak wangi, semestinya anda akan berasa amat rumit untuk mengambil keputusan berkenaan minyak wangi yang manakah paling sesuai untuknya kecuali anda sudahpun tahu yang mana satu bau kegemarannya.

Namun, bagaimanakah cara untuk ketahui mana satu bau yang disukai olehnya sekiranya anda tidak mengetahuinya? Agak sukar kerana ianya akan merosakkan kejutan yang anda mahukan. Jangan risau, artikel ini akan membincangkan tentang 5 tips memilih minyak wangi untuk kebanyakan wanita pilih sebagai minyak wangi mereka.

 

1. Tips Memilih Minyak Wangi - Bau Bunga

Tidak dinafikan bahawa antara sebab utama bau bunga amat sesuai untuk wanita ialah kerana bunga memiliki sifat feminin. Selain itu, baunya yang sangat tenang serta harum membuatkan ianya menjadi pilihan para perempuan.

Minyak wangi perempuan bau lembut yang berbau bunga atau floral terdiri daripada bau bunga ros, jasmin, gardenia, cendana, dan lain-lain lagi kadangkala digabungkan untuk mengeluarkan bau yang sangat memikat hati orang sekelilingnya.

2. Tips Memilih Minyak Wangi - Bau Citrus

Anda perlu ingat bahawa bau yang memikat hati akan menjadi lebih sesuai apabila dipadankan dengan personaliti si pemakainya. Bagi wanita yang bersifat ceria, anda boleh memilih bau citrus sebagai hadiah minyak wangi wanita.

Bau yang tergolong dalam kategori bau citrus ialah limau gedang, lemon, oren, serta limau bergamot. Bau ini sangatlah sesuai untuk diguna pakai pada waktu siang kerana ia sepadan dengan suasana pagi yang segar.

3. Tips Memilih Minyak Wangi - Bau Oriental

Apabila kita membincangkan bau Oriental, adakah ianya bermaksud ia merupakan bau yang menyerupai orang yang berasal di benua Asia? Tidak, ia sebenarnya mengeluarkan bau yang pada kebiasaannya akan digabungkan dengan bau seperti kasturi serta bau tanah.

Pada kebiasaannya, bau Oriental akan menggabungkan aroma seperti ambar, kasturi, serta bau asas haiwan. Bau ini sangat memikat dan amatlah sesuai untuk diguna pakai untuk tujuan dating atau aktiviti romantik.

4. Tips Memilih Minyak Wangi - Bau Buah

Tidak dinafikan bahawa bau buah-buahan sentiasa menjadi buah mulut para wanita yang menggemari minyak wangi wanita kerana ianya akan mengeluarkan bau buah-buahan yang manis di hidung.

Kadangkala ianya digabungkan bersama-sama bau buah-buahan yang lain untuk mencipta satu bau yang manis dan tidak terlalu kuat apabila dihidu. Terdapat beberapa pembuat minyak wangi yang menggabungkan terlalu banyak buah-buahan dan ianya terlalu kuat.

Oleh yang demikian, anda perlu bau minyak wangi wanita itu terlebih dahulu sebelum anda merancang untuk membelinya perfume bau manis. Jangan sampai apabila sudah dihadiahkan, si wanita tersebut tidak menggemarinya kerana baunya yang terlalu kuat.

5. Tips Memilih Minyak Wangi - Bau Lautan

Pernahkah anda mendengar bau lautan? Sekiranya ini ialah pertama kali anda mendengari istilah bau ini, ia merujuk kepada bauan marin seperti alga, garam, serta bauan udara laut yang segar.

Bauan ini juga dikenali sebagai bau akuatik. Apabila si perempuan menggunakan bauan ini, ia akan mengeluarkan bauan yang sangat segar dan nyaman untuk dihidu. Selain itu, baunya juga begitu menyenangkan.

Jadi bilakah ianya masa yang sesuai untuk memakainya? Kebanyakan orang menggunakan bauan ini pada setiap aktiviti harian yang dilakukannya, namun pakar minyak wangi mengatakan ianya sangat sesuai untuk diguna pakai pada waktu temu ramah.

Demikian merupakan 5 bauan yang paling diminati oleh para perempuan yang menggemari minyak wangi. Namun, adakah anda hanya boleh memilih antara 5 bauan minyak wangi ini sahaja sebagai hadiah untuk teman anda?

Semestinya tidak, kerana semuanya bergantung kepada minat si pemakai minyak wangi tersebut. Sebagai contoh, sekiranya si perempuan tersebut menyukai bauan kayu, tidak salah untuk anda menghadiahkan minyak wangi yang mempunyai bau tersebut kepadanya.

Jadi, pilihlah bau yang anda rasa sesuai untuknya. Sekiranya anda sedang mencari produk minyak wangi wanita yang menawarkan pilihan bau yang menarik dengan harga yang berpatutan, anda boleh klik di link ini. 

 

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!