minyak wangi kereta

4 Kegunaan Minyak Wangi Kereta Selain Wangi

Kenapakah minyak wangi kereta diwajibkan untuk semua kereta? Dan kenapakan kepetingan utama pemilik kereta untuk membeli pewangi kereta? Mari bincangkan bersama.

Apabila kita membincangkan tentang kereta, terdapat pelbagai peralatan dan aksesori yang menjadi satu keperluan di dalam kereta. Misalnya, setiap kereta pada zaman sekarang sudah memerlukan fungsi bluetooth atau wayar auxiliary (AUX) untuk melayan lagu-lagu yang terdapat di dalam telefon bimbit.

Selain itu, pengecas telefon juga diperlukan di dalam kereta kerana semestinya anda tidak mahukan telefon bimbit anda kehabisan bateri apabila anda terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas.

Namun, hampir semua kereta mempunyai aksesori ini kerana ianya merupakan antara kepentingan yang utama bagi mana-mana kereta iaitu minyak wangi kereta. Namun, kenapakah minyak wangi kereta diwajibkan untuk semua kereta? Mari kita bincangkan bersama-sama.

Nature Garden : Wangian Kereta terlaris di The Rich Scents

Pewangi kereta Untuk Mengekalkan Kesegaran Dalaman Kereta

Pemilik kereta mempunyai pelbagai jenis. Ada yang suka merokok di dalam kereta, manakala ada juga yang suka melakukan aktiviti sukan yang menyebabkan pemilik kereta tersebut senang berpeluh.

Bagi pemilik kereta yang suka merokok, mereka akan mempunyai tabiat untuk merokok di dalam kereta terutama sekali apabila mereka memandu dalam tempoh yang lama seperti perjalanan balik ke kampung.

Bagi perokok yang tinggal di kawasan yang pesat seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, atau Selangor, mereka selalunya akan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas yang menyebabkan mereka merokok di dalam kereta.

Asap rokok yang berkepul-kepul akan menyebabkan ianya diserap masuk ke dalam tempat duduk kereta, dan ini akan menyebabkan keretanya berbau. Bayangkan apakah perasaan teman wanitanya apabila terhidu bau asap rokok tersebut di dalam kereta teman lelakinya. Mesti bau tersebut akan merosakkan mood sesiapa sahaja yang tidak suka dengan bau rokok.

Bagi individu yang kuat bersukan atau melakukan kerja yang menyebabkan dirinya berpeluh, peluh tersebut akan terserap ke dalam tempat duduk dan akan menyebabkan keretanya berkepam. Mungkin pemilik kereta tersebut sudah terbiasa dengan bau tersebut, tapi bagaimana dengan penumpangnya?

Oleh itu apabila anda memiliki minyak wangi kereta, masalah tersebut akan hilang dengan serta merta kerana bau yang dikeluarkan oleh minyak wangi kereta akan menyegarkan bahagian dalaman kereta anda

Melambangkan Peribadi Si Pemilik Kereta

Terdapat segelintir orang yang berpendapat bahawa tiada orang yang boleh memberikan pendapat mereka tentang kereta yang dipandunya. Namun, kebersihan dan kesegaran kereta sebenarnya memberikan impak kepada personaliti si pemilik kereta.

Sebagai contoh, bayangkan situasi di mana anda terpaksa menggunakan kereta anda untuk membawa bos anda untuk pergi berjumpa dengan pelanggan anda, ataupun anda perlu mengambil pelanggan anda untuk pergi ke sesuatu tempat.

Sekiranya anda mempunyai minyak wangi kereta yang mengeluarkan bau yang amat harum dan menyegarkan, mereka akan secara tidak langsung akan berpendapat bahawa anda merupakan seorang yang pembersih, dan ini akan meningkatkan persepsi yang positif terhadap peribadi anda.

Menenangkan Fikiran Apabila Memandu

Pernahkah anda pergi menumpang kereta kawan anda yang mempunyai minyak wangi kereta yang sangat harum? Semestinya anda akan merasa sungguh selesa dan tenang di sepanjang perjalanan tersebut dan tidak akan berfikir dua kali untuk menaiki keretanya lagi.

Itulah apa yang anda akan dapat apabila anda memasang minyak wangi kereta di dalam kereta anda. Bau yang menenangkan seperti bau lavender, ros, atau lemon dapat menenangkan minda anda dan membuatkan perjalanan anda menjadi lebih selesa.

Sangat berguna untuk pemilik haiwan peliharaan

Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan akan mempunyai bau yang unik? Sekiranya haiwan peliharaan tersebut tidak dimandikan dalam waktu yang terdekat sebelum anda membawanya ke dalam kereta, bau haiwan tersebut akan melekat di bahagian dalam kereta.

Anda sebagai pemilik haiwan tersebut mungkin tidak akan perasan dengan perbezaan bau tersebut, tetapi penumpang kereta anda semestinya akan perasan dengan bau yang aneh ini dan perkara ini akan membuatkan mereka merasa tidak selesa di sepanjang perjalanan tersebut.

Berikut merupakan sebab kenapa anda memerlukan minyak wangi kereta di dalam kenderaan anda. Sekiranya anda sedang mencari minyak wangi yang mempunyai pelbagai pilihan bau serta mempunyai harga yang berpatutan, anda boleh dapatkannya melalui link ini.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!