Promosi perfume raya 2024 di sini

Ketahui Punca Dan Cara Membasmi Bau Busuk Dengan Pewangi Kereta

Negara kita beriklim panas lembap. Tempat duduk kereta mudah berbau hapak dan kepam terutama sekali bagi anda yang suka makan dan minum di dalam kereta. Mesti ada sisa makanan yang tertinggal di celah-celah tempat duduk yang menyebabkan munculnya bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta apabila tiada pewangi kereta.

Tambah lagi dengan hujan yang tidak menentu, tempat duduk menjadi kepam setelah menyerap air daripada baju yang lembab terkena hujan lebat. Tempat lapik kaki juga terkesan bau kepam akibat terkena tempias hujan dan dipijak kasut basah.

Faktor Penyebab Bau Busuk Dalam Kereta

pewangi kereta

Banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan kereta berbau. Tapi bagaimana pula cara untuk menghilangkannya? Di bawah ini kami bincangkan beberapa faktor dan cara untuk atasi masalah kereta berbau. Anda juga perlu tahu bau pewangi kereta bagaimana yang sesuai untuk hilangkan bau busuk dalam kereta anda dengan pewangi kereta. Baca lebih lanjut di bawah.

Cuaca hujan, mendung dan lembap

Cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan udara lembap terperangkap dalam kereta dan menyebabkan bau kepam. Bakteria dan kulat boleh tumbuh pada tempat duduk kereta dan menyebabkan kereta bertambah busuk. Tambah lagi, kulat ini juga boleh menyebabkan gatal kulit ketika duduk di dalam kereta. Jadi, anda kena pastikan aliran udara dalam kereta bagus.

Luangkan masaseminggu sekali untuk biarkan tingkap dan pintu kereta terbuka dan biarkan udara segar masuk ke dalam kereta anda. Paling bagus jika buat perkara ini ketika waktu tengah hari dan jemur kereta anda di bawah panas matahari.

Bau kasut melekat pada lapik kereta

pewangi kereta

Setelah memakai kasut sepanjang hari, mesti kasut anda sudah berbau masam dan hapak. Apatah lagi bila kasut basah ketika musim hujan. Ditambah lagi dengan kasut sekolah anak-anak, bagi mereka yang mempunyai anak yang sudah bersekolah, memang boleh pening kepala dengan bau-bau kasut ini. Sampai kadang-kadang tak boleh fokus memandu.

Untuk atasi masalah ini, jemur pelapik kereta anda setiap minggu. Buang habuk pasir yang melekat pada pelapik dan basuh jika ada kotoran yang degil.

Tertinggal barangan basah di dalam kereta

Masalah ini sering berlaku kepada wanita yang sudah berkahwin dan  mempunyai anak yang ramai. Lepas balik shopping dengan barangan dapur yang begitu banyak, kadang-kadang akan terlepas pandang dan tertinggal barang di dalam kereta. Ayam mentah, sayur dan roti snek. Kalau tertinggal untuk semalaman saja pun dah rasa nak pitam dengan baunya yang busuk. Perkara seperti ini memang  perlu diberi perhatian.

Filter aircond kotor

pewangi kereta

Jika dibiarkan terlalu lama, habuk boleh melekat tebal pada filter dan cooling coil air cond kereta anda. Habuk ini jika dibiarkan akan berubah menjadi lendir dan mengeluarkan bau busuk. Bakteria, bendasing dan bangkai tikus pun boleh terperangkap dalam aircond menyebabkan munculnya bau-bau yang tidak memeningkan kepala. Gas aircond juga boleh berkurangan, jadi jangan lupa servis aircond kereta anda secara berkala tau!

Gunakan Pewangi Kereta Dengan Bau Semulajadi

Pewangi kereta yang bagus perlu ada efek antibakteria seperti pewangi bau lemongrass, coffee dan green tea. Pewangi seperti ini boleh membasmi punca bau busuk iaitu bakteria dan kulat. Anda boleh dapatkan pewangi kereta dengan bau-bauan seperti ini daripada TheRichScents.com. Selain itu, The Rich Scents juga ada menjual pewangi kereta After Tobacco, dijamin boleh menghalang bau busuk daripada melekat dalam kereta anda.

Kalau anda inginkan bau yang lebih fresh dan classy, anda boleh dapatkan pewangi kereta dengan wangian lavendar. Wangian Nature Garden dan CK Air juga sangat fresh dengan blend bau bunga-bungaan dan bau kasturi yang akan membuatkan kereta anda berbau segar serperti berada di padang rumput menghijau yang begitu menyegarkan. Wangian Nature Garden juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai pewangi bilik.

  • Pewangi Kereta Sophia

    RM10.00
    Add to cart
  • Pewangi Kereta Vanilla

    RM10.00
    Add to cart
  • Pewangi Kereta Nature Garden

    RM10.00
    Add to cart
  • Pewangi Kereta Lavender

    RM10.00
    Add to cart

Pewangi kereta antara aksesori penting untuk memastikan keselesaan sepanjang anda memandu kereta. Bau busuk dalam kereta selalunya boleh dihilangkan dengan mudah jika anda rajin membersihkan kotoran dari dalam kereta anda. Tapi awas, jika kereta anda ada bau gas, bau hangit atau bau sulfur, anda perlulah bawa ke pusat servis dan minta mereka lihat jika ada kerosakan yang berlaku pada komponen kereta anda. Pandu selamat, jiwa selamat. Anda mungkin sukakan artikel kami mengenai ‘Atasi Masalah Bau Badan Busuk Dengan 5 Langkah Ini‘.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!