Pewangi bilik best korang boleh try 2023

Didalam artikel ini kami akan membincangkan tentang pewangi bilik best yang korang boleh try pada tahun 2023.

Dengan cuaca tak menentu ketika ini, terkadang panas terik dan terkadang hujan lebat, rumah dan bilik mudah untuk berbau hapak dan kulat. Nak tidur pun rasa tak selesa, bila bangun pagi pula rasa tak bersemangat. Nak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini? Cuba semburkan pewangi di bilik korang.

 

Kalau korang rasa pewangi ini untuk orang perempuan je, korang silap. Orang lelaki pun boleh gunakan pewangi dengan bau segar untuk wangikan bilik korang. Bila bilik dah wangi, adik beradik atau tetamu datang nak tumpang lepak di bilik kita pun kita tak rasa segan. Pewangi bukan sahaja boleh menghilangkan bau busuk, malah boleh memberikan terapi dan menaikkan mood korang setiap hari.

Jenis-Jenis Pewangi yang sering digunakan

Kalau korang nak tahu, pewangi bilik dijual dalam beberapa jenis iaitu pewangi jenis sembur, diffuser, lilin dan gel. Jenis-jenis pewangi ini boleh memberikan kesan yang berbeza berdasarkan saiz ruangan bilik. Setiap jenis pewangi ada kelebihannya sendiri. Korang boleh cuba pewangi yang berbeza untuk mendapatkan kelainan dalam ruang bilik tidur korang.

Penyembur pewangi

Penyembur pewangi

Pewangi jenis penyembur aerosol paling banyak dijual di pasaran kerana ia sangat mudah untuk digunakan. Hanya sembur pada sudut ruangan dan bau wangi akan meruap ke seluruh bilik. Ia sesuai digunakan di ruangan bilik yang bersaiz besar. Selain menyembur ke udara, korang juga boleh semburkan pada langsir supaya bau kekal lebih lama.

Jika untuk kegunaan setiap hari, kebanyakan orang akan membeli mesin penyembur automatik bersama pewangi aerosol. Korang boleh tetapkan pemasa untuk  menyembur secara berkala penyembur ini akan memastikan ruangan bilik harum dan segar sepanjang hari. Pelbagai rekaan mesin penyembur ini juga boleh menjadikan alat hiasan untuk menambah seri di ruangan bilik korang.

Diffuser aromaterapi

Diffuser aromaterapi

Pewangi diffuser menjadi trend zaman sekarang dengan penjualan minyak pati aromaterapi (essential oil). Diffuser ini digunakan dengan menyembur wap air dari takungan diffuser. Wap air yang dicampur pewangi ini kemudian menyebarkan bau wangian sekaligus melembapkan udara. Diffuser ini bagus digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah resdung dan kulit kering.

Terdapat juga stick diffuser yang merendam batang kayu ke dalam minyak wangi untuk meruapkan wangian aromaterapi secara perlahan-lahan. Dengan stick diffuser, bau wangian tak terlalu menusuk dan tahan lebih lama.

Gel pewangi

Pewangi berbentuk gel selalunya diletakkan dalam bekas yang mudah dibuka dan tutup. Pewangi ini mudah digunakan. Korang letakkan saja di atas meja atau di kepala katil, naikkan sedikit penutupnya dan gel tersebut akan meruap ke seluruh ruang. Kalau korang nakkan baunya lebih kuat, korang boleh naikkan penutup sehingga paling luas.

Pewangi ini memang jimat sebab tak perlukan bateri dan gelnya juga boleh tahan lama sehingga 6 bulan. Elakkan letak pewangi ini di tempat yang panas untuk elakkan gelnya cair dan rosak.

Pewangi bilik The Rich Scents

Kalau korang mencari pewangi yang rare, korang boleh cuba pewangi bilik daripada The Rich Scents. Minyak wangi ini diletakkan dalam bekas yang mudah digantungkan pada pintu bilik atau pintu almari korang. Korang hanya perlu gantung secara terbalik dan renggangkan kepala penutup sehingga ia basah dengan minyak wangi tersebut. Wangiannya akan meruap perlahan-lahan dan tahan sehingga 45 hari.

Terdapat pelbagai bauan daripada bau semulajadi, bau segar dan bau manis sesuai untuk menjadi penaik semangat korang ketika bersiap untuk kerja di waktu pagi. Bau yang kami syorkan untuk korang ialah bau segar dari pewangi kereta Pandan, pewangi kereta Green Tea, dan pewangi kereta Lemon Sparkling. Jika korang sukakan bau manis, korang boleh cuba bauan Honeydew, Apple Blossom dan Tutti Frutti. Pewangi bilik ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pewangi kereta anda.

Selain itu, The Rich Scents juga menjual wangian yang diinspirasikan daripada brand terkenal di dunia. Banyak pilihan wangian baik untuk perfume wanita mahupun perfume lelaki. Ia juga tahan lama dan mesra solat. Kalau korang ada wangian favorit yang dah lama discontinued pun boleh cari di The Rich Scents. Apalagi, tengok perfume flyer The Rich Scents sebelum stok habis!

 

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!