hadiah birthday untuk lelaki

Hadiah Birthday Untuk Lelaki Yang Menarik (Edisi 2023)

Korang tengah cari hadiah birthday untuk lelaki tapi tak ada idea? Nak bagi hadiah untuk kawan lelaki? Hari jadi ayah dan abang pun semakin dekat tapi tak tahu hadiah apa yang diorang suka? Kalau bagi bunga diorang nak terima ke?

Mesti ramai orang perempuan yang buntu memikirkan hadiah apa nak beri ketika hari jadi lelaki? Yalah, barangan untuk orang lelaki nampak terhad tak seperti barangan wanita yang lebih banyak variasi. Takut-takut kalau salah beli, nanti diorang tak nak guna pula.

Hadiah Birthday Untuk Lelaki

Sebenarnya, banyak je pilihan hadiah birthday untuk lelaki. Daripada barangan harian kepada barangan untuk suka-suka mengikut minat diorang. Cuma kebanyakan barang harian diorang, orang perempuan jarang guna jadi tak terdetik di fikiran. Korang boleh je berikan apa-apa barangan yang praktikal untuk kegunaan diorang. Paling bagus kalau dapat berikan barang yang dah lama mereka inginkan. Mesti senyum panjang sampai ke bulan.

Nak tahu apa barang-barang praktikal yang sesuai untuk diberikan sebagai hadiah birthday untuk lelaki? Cuba check senarai di bawah.

Idea Hadiah Untuk Lelaki: Kasut Sukan

hadiah birthday untuk lelaki

Kasut sukan antara barang keperluan kerana kerap kali di kampus universiti atau di tempat kerja mengadakan aktiviti riadah sebagai aktiviti yang wajib disertai. Jadi kasut sukan antara barang yang praktikal untuk diberikan kepada lelaki. Apatah lagi, jika abang korang suka bermain sukan dan mengikuti aktiviti outdoor.

Selain itu, kalau abang korang menyertai permainan sukan, korang bolehlah pilih kasut atau peralatan lain yang berkaitan dengan sukan tersebut. Jadi, diorang akan gunakan hadiah korang setiap kali diorang berlatih. 

Kalau abang korang minat sukan, korang boleh juga carikan jersi atau poster pemain yang diorang minati. Ha, mesti tak tidur malam bila dah gantung jersi pemain di dinding bilik. Asyik tenung sampai termimpi-mimpi.

Hadiah Untuk Kawan Lelaki: Gadget Elektronik

Kalau disebut gadget, mesti korang terbayang alat yang mahal-mahal seperti smart watch atau air cooler. Tapi kalau korang berikan earphone sebagai hadiah hari jadi untuk lelaki, mesti diorang akan berterima kasih sangat-sangat.

Yalah, kalau nak dengar lagu atau tengok video Tik Tok di tempat awam tak adalah mengganggu orang sekeliling. Nak buat kerja pun selalu perlu refer video-video di Youtube. Memang sesuai berikan earphone sebab ia benda kecil yang mudah rosak dan kerap kena beli baru.

Kalau kawan lelaki korang jenis kaki gaming, korang boleh berikan headset yang ada mikrofon. Boleh juga belikan game controller supaya diorang mudah nak bermain game di phone. Selain itu, banyak lagi alat gadget yang sesuai sebagai hadiah birthday untuk lelaki tak kira umur.

Alat berkebun/ Alat memancing

hadiah birthday untuk lelaki
hadiah birthday untuk lelaki

Selalunya, golongan bapa atau lelaki yang lebih berusia akan memiliki hobi sama ada berkebun atau memancing. Tak kurang juga lelaki yang sukakan cabaran outdoor dan suka memancing bersama kawan-kawan mereka. Ataupun lelaki pencinta alam yang gemar berkebun dan sukakan seni landskap.

Korang boleh buat kejutan hadiah birthday untuk lelaki seperti ini dengan membawa mereka ke tempat memancing istimewa atau ke taman botani. Mana tahu, nanti diorang dapat tangkap ikan rare untuk masuk ke dalam akuarium ataupun diorang bawa balik pokok rare yang dah lama diorang idamkan. Kalau korang tak belanja pun, mesti diorang seronok dapat pengalaman melihat spesis-spesis rare di sana.

Figurin dan merchandise

hadiah birthday untuk lelaki

Kalau adik lelaki korang minat superhero atau anime mesti diorang berminat nak kumpul patung figurin watak kegemaran diorang. Sama ada figurin superhero Marvel seperti Iron Man, ataupun anime seperti Demon Slayer mesti diorang akan suka dan simpan sampai ke hari tua. Bolehlah korang belikan hadiah birthday untuk lelaki buat tambah koleksi diorang.

Selain itu, sukan yang popular pun ada merchandise mereka tau. Contohnya, jersi dengan nama pemain dan patung kepala goyang (bobbing head) dengan figura pemain-pemain bola sepak ternama. Memang sesuai sangat dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki.

Buat yang kaki gaming pula, korang boleh belikan merchandise daripada game kegemaran diorang seperti Mobile Legend.

Aksesori dan Pakaian

hadiah birthday untuk lelaki

Ha, kalau korang betul-betul tak tahu apa yang diorang sukakan, korang boleh hadiahkan pakaian dan aksesori untuk diorang. Ini memang antara idea yang kalis cuai kerana pakaian akan digunakan setiap hari. Aksesori seperti rantai dan cincin juga boleh dijadikan sebagai hadiah birthday untuk lelaki yang menarik.

Hadiah Untuk Lelaki Paling Best: Minyak Wangi The Rich Scents

Kalau nak lagi best korang boleh berikan minyak wangi untuk diorang supaya lebih terserlah gaya macho dan karisma diorang. The Rich Scents ada banyak pilihan minyak wangi daripada bauan manis citrus, bau spicy kayu cendana dan bauan oud yang bersifat oriental. Pelbagai kombinasi bau minyak wangi yang disediakan di The Rich Scents untuk disuai padan dengan karakter lelaki.

Selain menghindarkan bau badan, minyak wangi boleh menjadi daya penarik yang akan menyerlahkan personaliti seseorang tau. Memang sesuai sangat untuk dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki. Kalau korang nak minyak wangi untuk couple ataupun menjadi hadiah untuk suami korang pun boleh cari di The Rich Scents. Bauan dari The Rich Scents ini adalah setanding dengan bauan minyak wangi mahal yang lain.

Amalan berbagi hadiah memang bagus untuk merapatkan silaturrahim. Malah dapat pahala lagi kerana menggembirakan hati sesama insan. Kami harap artikel ini dapat membantu korang untuk mencari idea hadiah birthday untuk lelaki, tak kiralah untuk ayah, adik-beradik lelaki mahupun kawan-kawan. Boleh check koleksi The Rich Scents jenis citrus bagi lelaki dan wanita di sini

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!