Penggunaan alkohol dalam minyak wangi selalunya menjadi topik yang kontroversi dan sering dibahaskan di kalangan pengguna di Malaysia terutamanya pengguna yang beragama Islam.
Ada suatu ketika, kecoh dikalangan pengguna minyak wangi yang menyatakan semburan minyak wangi pada pakaian dan digunakan untuk solat, akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana terdapatnya kandungan alkohol dalam minyak wangi tersebut.
Adakah pendapat ini benar? Untuk penjelasan yang lebih terperinci bolehlah merujuk kepada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Alkohol Dalam Minyak Wangi

Artikel ini menjelaskan bahawa adalah SAH sembahyang seseorang yang memakai baju yang disembur minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan secara sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ianya bukanlah najis.
Oleh itu, untuk pengguna yang beragama Islam boleh menggunakan minyak wangi tanpa was-was walaupun ada kandungan alkohol di dalamnya.
Bukan sahaja isu melibatkan agama ini menjadi tanda tanya, malah ada yang berpendapat alkohol di dalam minyak wangi juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit si pemakainya.
Dengan isu yang sedemikian, kenapa masih perlu penggunaan alkohol dalam minyak wangi?
Apakah peranan dan fungsi alkohol di dalam pembuatan minyak wangi?

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu kita ketahui tentang kelebihan penggunaan alkohol dalam minyak wangi.
- Menghasilkan Aroma yang Tahan Lama
Salah satu fungsi utama alkohol dalam minyak wangi adalah untuk menghasilkan aroma dan minyak wangi tahan lama. Alkohol akan membantu bahan-bahan di dalam minyak wangi supaya ianya boleh kekal dengan baik di kulit si pemakai.
Dengan itu, alkohol ini dapat membantu aroma dari minyak wangi tersebut dapat bertahan dengan lebih lama dan kekal sepanjang hari penggunaanya.
- Membantu Penyerapan Wangian oleh Kulit
Apabila minyak wangi disembur atau disapu pada kulit, alkohol akan bertindak sebagai agen pengemulsi yang membantu menyebar dan menyerap wangian ke dalam lapisan kulit atas kulit.
Ini membolehkan minyak wangi tersebut mengeluarkan bauan secara perlahan-lahan, dan seterusnya meningkatkan bau haruman yang lebih baik dan tahan lebih lama.
- Menjaga Kestabilan dan Keaslian Aroma
Selain membantu menghasilkan aroma minyak wangi supaya tahan lebih lama, alkohol juga berperanan dalam menjaga kestabilan dan keaslian aroma di dalam minyak wangi.
Alkohol membantu mencegah proses pengoksidaan atau perubahan kualiti aroma yang boleh berlaku dari masa ke semasa. Oleh itu, minyak wangi dapat mengekalkan konsistensi dan ketulenan bau yang diharapkan oleh pengguna.
- Memberikan Kesegaran pada Aroma
Sesetengah minyak wangi menggunakan alkohol sebagai bahan asas untuk mencipta kesegaran setiap kali penggunaannya.
Apabila minyak wangi yang mengandungi alkohol digunakan, alkohol akan menyejat dengan cepat dan akan memberikan efek penyejukan pada kulit. Ini akan memberikan kesegaran dan ketenagan kepada penguna.
Walau bagaimanapun, penggunaan alkohol yang terlalu banyak di dalam minyak wangi akan menghasilkan bau yang terlalu kuat dan tidak seimbang.
Manakala penggunaan alkohol yang terlalu sedikit pula boleh mengurangkan aroma bauan dan ketahanan minyak wangi tersebut.
Oleh itu, carilah minyak wangi daripada pengeluar yang menggunakan alkohol secara seimbang dan tidak keterlaluan agar kualiti minyak wangi yang dipakai memuaskan hati dan selamat.
- Menjaga Kualiti dan Kestabilan Produk
Alkohol juga berperanan dalam menjaga kualiti dan kestabilan keseluruhan produk minyak wangi.
Dalam formulasi minyak wangi, alkohol bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi yang membantu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang boleh merosakkan produk.
Ini juga dapat memastikan minyak wangi kekal segar dan selamat untuk digunakan dalam tempoh yang lebih lama.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sesetengah orang mungkin akan mengalami reaksi kulit yang negatif terhadap alkohol di dalam minyak wangi.
Jika mempunyai kulit sensitif atau mudah terdedah kepada kerengsaan, sebaiknya lakukan ‘patch test’ atau ujian tampalan sebelum menggunakan produk minyak wangi yang mengandungi kandungan alkohol.
- Mengoptimumkan Penyebaran Aroma
Fungsi alkohol dalam minyak wangi juga dapat membantu mengoptimumkan penyebaran minyak wangi.
Apabila minyak wangi disembur atau disapu pada kulit, alkohol membantu memecahkan molekul-molekul bau, jadi bauan boleh merebak dengan lebih sekata.
Ini dapat memastikan haruman minyak wangi dapat dinikmati oleh si pemakai dan orang di sekelilingnya.
- Membantu Mengurangkan Kepekatan Bahan
Sesetengah bahan pewangi yang digunakan di dalam pembuatan minyak wangi mungkin terlalu pekat atau terlalu kuat untuk digunakan secara langsung.
Jadi fungsi alkohol dalam minyak wangi adalah sebagai agen pelarut yang membantu mengurangkan kepekatan bahan pewangi supaya pewangi tersebut dapat digunakan dalam kepekatan yang betul, seimbang dan selamat untuk pengguna.
Kandungan Alkohol Dalam Minyak Wangi Buat Kulit Sensitif
Penggunaan alkohol dalam minyak wangi adalah penting untuk menghasilkan minyak wangi yang stabil dan selamat digunakan oleh pengguna.
Namun ada sesetengah pengguna yang memiliki kulit yang sensitif dan boleh mengalami iritasi atau kemerahan pada kulit selepas menggunakan minyak wangi pada kulit.
Kami menyarankan agar pengguna yang sensitif pada alkohol dalam minyak wangi ini untuk memilih jenis minyak wangi dengan kandungan alkohol yang rendah atau minyak wangi yang menggunakan alkohol yang berasaskan bahan semulajadi.
Untuk makluman, ada pelbagai jenis alkohol yang digunakan untuk pembuatan minyak wangi. Ada alkohol jenis etanol dan juga alkohol jenis sintetik.
Alkohol jenis etanol biasanya berasal daripada tanaman atau hasil daripada proses penapaian gandum dan ianya lebih sesuai untuk pengguna yang sensitif terhadap kandungan alkohol dalam minyak wangi yang tinggi.
Kami juga sarankan agar pengguna membuat ‘patch test’ atau ujian tampalan terlebih dahulu sebelum membeli minyak wangi.
Untuk pengguna yang tiada masalah dengan kulit, boleh terus menggunakan minyak wangi yang sesuai dengan bauan yang disukai tanpa was-was.
Rangkaian minyak wangi daripada pihak kami juga mengandungi kandungan alkohol dalam minyak wangi yang seimbang dan selamat untuk digunakan. Anda boleh mencuba Suave Sauvage untuk lelaki yang segak atau Bloom Scents untuk perempuan yang anggun.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para peminat minyak wangi mengetahui mengenai fungsi alkohol dalam minyak wangi yang terdapat di dalam kandungan kebanyakan minyak wangi di pasaran.