Promosi perfume raya 2024 di sini
barang hantaran lelaki

13 Idea Senarai Barang Hantaran Lelaki Yang Paling Berpatutan

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan tentang barang hantaran lelaki dan perempuan yang boleh dijadikan idea untuk hari perkahwinan anda nanti.

contoh hantaran tunang untuk lelaki

Majlis perkahwinan pada zaman sekarang selain menelan kos yang agak tinggi, hantaran lelaki dan hantaran kahwin lelaki kepada perempuan juga boleh membuatkan kos untuk melangsungkan perkahwinan melambung tinggi.

Banyak barang hantaran lelaki dengan harga yang berpatutan yang boleh dijadikan sebagai idea menarik untuk majlis perkahwinan anda. Kami beri 15 contoh barang hantaran lelaki untuk dijadikan panduan kepada anda.

1. Idea Hantaran Lelaki Mudah - Sejadah

Sejadah sering dijadikan barang hantaran lelaki dimajlis pertunangan dan perkahwinan. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai alas mendirikan solat, namun ia menjadi idea hantaran lelaki tradisi sebagai hadiah bagi pasangan di majlis pertunangan dan juga perkahwinan.

Anda mungkin boleh fikirkan tentang sejadah travel yang selalunya didatangkan khas bersama uncang kecil yang bersaiz poket. Sangat mudah dibawa jika anda selalu travel atau balik kampung memandangkan sejak tahun 2020, kita digalakkan untuk membawa sejadah sendiri apabila kemana-mana masjid.

2. Set Produk Penjagaan Muka (Skincare)

Set Penjagaan Muka sebagai barang hantaran lelaki sangat jarang dijumpai. Namun, ia adalah satu barang keperluan yang sangat penting kepada lelaki walaupun ramai lelaki agak kurang mengambil berat tentang kulit muka mereka.

Anda boleh mengabungkan beberapa produk seperti pencuci muka, scrub muka, toner, face mask, eye cream, serum, night cream, sun block, shampoo, pisau cukur dan aftershave yang dicipta khas untuk lelaki.

Tanya kepada bakal suami anda jika mereka inginkan set penjagaan muka ini dijadikan sebagai barang hantaran lelaki dimajlis itu kelak, kerana ada sesetengah lelaki tidak beberapa mementingkan penjagaan muka ini. Walaupun begitu, ia adalah satu permulaan yang baik jika set produk penjagaan muka ini disertakan dalam set hadiah perkahwinan anda nanti.

3. Dompet Dan Tali Pinggang

Dompet dan tali pinggang anda aksesori yang penting buat lelaki. Untuk dompet, pelbagai gaya boleh dipilih dengan harga yang sangat berpatutan.

Terdapat dua jenis tali pinggang yang anda boleh pilih untuk dijadikan barang hantaran lelaki iaitu tali pinggang formal ataupun tali pinggang kasual.

Jangka hayat dompet dan tali pinggang sangat lama. Ianya boleh menjangkau lebih 5 tahun jika kita menjaganya dengan baik. Ia adalah satu barang hantaran lelaki yang berbaloi.

4. Cermin Mata

Selain trend, rabun dan silau, pengunaan cermin mata juga adalah untuk melindungi mata kita dari pancaran UV.

Anda boleh memilih cermin mata ultraviolet untuk dijadikan sebagai barang hantaran lelaki untuk menjaga mata mereka.

Cermin Mata ultraviolet kini boleh didapati dengan pelbagai warna dan design. Walaubagaimanapun cermin mata hitam adalah pilihan yang paling sesuai sebagai hadiah kepada pasangan anda.

Cermin mata adalah antara barang hantaran lelaki yang paling tepat dan popular.

5. Barang Hantaran Untuk Lelaki Wajib - Jam Tangan

Jam tangan dan lelaki memang jarang dapat dipisahkan. Jam tangan selalunya dijadikan sebagai lambang personaliti seseorang lelaki.

Anda boleh memilih jam tangan yang boleh bertukar warna mengikut suhu badan. Kebaikan jam tangan ini adalah pada keunikan jam itu sendiri. Bagi pasangan yang mementingkan budget boleh memilih jam tangan ini sebagai barang hantaran untuk lelaki dan ianya sangat banyak dipasaran.

6. Kasut

Banyak jenis kasut yang boleh dihadiahkan sebagai barang hantaran lelaki dimajlis perkahwinan anda nanti. Kasut-kasut berjenama seperti Monk Strap, Oxford, Derby, Chukkas, Loafers dan sebagainya adalah pilihan yang paling mudah dicari.

Walau begitu, jenis kasut yang disebutkan diatas biasanya diperbuat daripada kulit dan harganya juga agak mahal serta kebanyakan pasangan tidak mampu untuk membelinya.

Pilih kasut yang berbeza kepada pasangan anda dan paling penting mereka berasa selesa memakainya.

7. Kain Pelikat

Kain pelikat adalah kegunaan kaum lelaki kain sarung khas untuk kaum lelaki. Kain yang banyak bercorak berpetak-petak ini banyak digunakan sebagai pakaian harian di rumah dan untuk menunaikan solat harian di masjid.

Sebagai barang hantaran lelaki di majlis perkahwinan nanti, hiaslah kain pelikat ini bersama hiasan bunga-bungaan untuk membuatkan penampilannya menarik bagi majlis perkahwinan nanti.

8. Set Baju Melayu

Set baju melayu menjadi pilihan utama sebagai barang hantaran lelaki yang paling senang diingati. Pakaian tradisional Melayu ini adalah barang hantaran lelaki yang kekal relevan sehingga kini.

Set Baju Melayu sangat digalakkan untuk disertakan dengan butang baju, samping dan songkok sebagai hantaran. Harganya sangat berpatutan dan boleh digunakan bila ada majlis-majlis yang sesuai nanti.

9. Sirih Junjung

Dalam adat Melayu, sirih junjung menjadi lambang kemestian bagi sesebuah majlis sebagai penyeri ataupun sebagai hantaran.Majlis pertunangan dan majlis perkahwinan seakan tidak lengkap jika tiada sirih junjung.

Selalunya sirih junjung ini boleh ditempah melalui perancang perkahwinan (wedding planner) atau boleh buat sendiri jika ada kemahiran. Bunga-bunga segar yang dijadikan dekorasi sampingan menaikkan seri sirih junjung ini. Ditambah pula dengan bunga rampai dan air mawar.

10. Puding dan Halwa

Selain barang-barang diatas, pencuci mulut juga sering dijadikan sebagai barang hantaran lelaki sampingan. Antara pencuci mulut yang popular adalah puding dan halwa.

Namun, anda juga boleh memilih pelbagai pencuci mulut yang lain. Hiasan yang cantik pasti membuatkan hantaran lelaki ini menjadi tumpuan.

11. Hantaran Coklat

Hantaran coklat juga amat popular dalam masyarakat Melayu. Terdapat pelbagai jenis coklat di pasaran boleh dipilih sebagai hantaran pertunangan dan juga perkahwinan.

Gabungan coklat-coklat yang berbeza jenamanya boleh disatukan untuk digubah dengan lebih menarik bentuknya.

12. Telefon Pintar Sebagai Hantaran Untuk Lelaki

Telefon pintar adalah berupa keperluan kepada semua. Kebanyakan hadiah yang diidami semua orang adalah telefon pintar.

Memberi barang hantaran lelaki seperti telefon pintar adalah sesuatu yang sangat berbaloi kerana jika pasangan anda adalah seorang peniaga online, telefon pintar tersebut boleh membantu beliau dalam perniagaan onlinenya.

Tablet adalah hantaran untuk lelaki yang ideal untuk dijadikan sebagai hadian hantaran kerana banyak perkara boleh dilakukan dengan telefon pintar tersebut.

13. Hantaran Minyak Wangi

Perfume Brands

Minyak wangi adalah memori dan emosi. Ia perlu ada sebagai barang hantaran lelaki untuk sebarang majlis perkahwinan.

Bauan minyak wangi lelaki sebagai barang hantaran lelaki yang sesuai selalunya adalah yang berbau Karisma atau Charm.

Minyak wangi yang kategori Karisma sangat sesuai untuk calon pasangan anda yang bekerja di pejabat. Minyak wangi ke pejabat sering dikaitkan dengan bauan fresh. Bau yang menyegarkan ini boleh membuat rakan-rakan sepejabat senang bekerja dengan pasangan anda.

Manakala minyak wangi kategori Charm pula adalah berbau maskulin, bau yang kuat dan menarik perhatian wanita. Ini adalah bau untuk anda berdua.

Jika pasangan anda suka kepada minyak wangi, anda boleh pilih minyak wangi yang sesuai untuknya dalam kategori yang disebutkan diatas.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!