Hadiah Untuk Boss Lelaki

Hadiah Untuk Bos Lelaki? Jom Lihat 10 Hadiah Yang Sesuai

Adakah hari jadi boss anda sudah dekat? Jika ya, apakah hadiah untuk bos lelaki yang anda rancang untuk berikan? Kalau boss anda ialah perempuan, ada pelbagai hadiah yang sesuai untuk diberikan kepadanya. Namun bagaimana pula hadiah untuk boss lelaki?

Boss anda merupakan individu yang anda hormat dan anda juga tidak ingin melakukan apa-apa perkara yang dapat menyinggung perasaan mereka. Ini adalah kerana hidup anda di dalam pejabat tidak akan menjadi selesa apabila anda tidak digemari oleh boss anda.

Hadiah untuk boss lelaki ini agak rumit kerana anda perlu menjaga perasaan mereka. Tujuan utama memberi hadiah untuk boss lelaki ialah untuk menggembirakan dia serta menjadi simbol bahawa anda menghormati mereka.
 
Jadi, terdapat beberapa hadiah yang boleh diberikan kepada lelaki, tetapi tidak sesuai untuk diberikan kepada boss anda. Contoh hadiah yang tidak sesuai ialah penimbang berat, CD game, set penjagaan kulit serta alatan senaman.
 
Kenapakah contoh-contoh di atas tidak sesuai untuk diberikan kepada boss anda? Ia ialah kerana hadiah-hadiah di atas adalah berkenaan dengan rupa fizikal atau perkara yang melalaikan. Hadiah yang merujuk kepada rupa fizikal dapat menyinggungkan perasaan boss anda.
 
Bayangkan jika anda hadiahkan alatan senaman ataupun penimbang berat sebagai hadiah untuk boss lelaki anda yang gemuk. Semestinya dia akan berfikir bahawa anda tidak menyukai saiz fizikalnya dan ini membuatkan keyakinan dirinya terjejas. Jom kita lihat 10 hadiah untuk boss lelaki.

Hadiah Untuk Bos Lelaki Yang Kami Rekomenkan

1. Dompet

Hadiah untuk boss lelaki

Jika anda merupakan seorang lelaki, semestinya anda pun sedar bahawa anda sudahpun menggunakan dompet yang sama dalam tempoh bertahun-tahun lamanya. Kadang-kadang, ada yang masih memakainya walaupun ianya terkoyak di banyak bahagian poket dompet itu.

Berbeza dengan perempuan, lelaki amat jarangkali menukarkan dompet mereka dan akan terus menggunakan dompet lusuh yang sedia ada. Bayangkan apabila mereka mendapat dompet yang baru, semestinya mereka terharu dengan hadiah anda.

2. Tali leher

Hadiah untuk boss lelaki Neck Tie

Tali leher merupakan salah satu hadiah yang tidak akan menyinggung perasaan mana-mana boss yang menerimanya. Apa yang anda boleh lakukan ialah anda boleh pilih warna tali leher yang boleh dipadankan dengan baju yang dipakai oleh boss anda setiap hari.

3. Jam Tangan

Hadiah Untuk Boss Lelaki Jam

Tidak mengira usia, lelaki menyukai jam tangan. Sekiranya boss anda berumur 50 an, maka anda boleh hadiahkan jam tangan analog kepadanya. Orang berumur kebanyakannya menggemari benda yang antik kerana ianya mencetuskan nostalgia kepadanya.

Namun, sekiranya boss anda masih muda, anda boleh hadiahkan smart watch kepadanya. Dia boleh memakai smart watch tersebut apabila melakukan senaman seperti jogging dan sebagainya untuk merekod pembakaran kalori, denyutan jantung, dan sebagainya.

4. Buku - Hadiah Persaraan Bos Lelaki

Sekiranya boss anda merupakan seorang yang ulat buku, anda boleh mencari buku yang mempunyai topik yang menarik untuk perkembangan diri seperti buku daripada Tony Romas ataupun buku daripada Robert Kiyosaki.

5. Kasut

Kasut juga boleh menjadi pilihan hadiah yang sesuai untuk boss anda. Anda boleh belikan dia kasut kulit ataupun kasut jogging yang dia boleh gunakan setiap kali dia ingin melakukan aktiviti sukan.

6. Beg Galas

Beg galas merupakan salah satu daripada aksesori fesyen yang boleh diberikan sebagai hadiah untuk boss anda. Anda boleh memberikan beg galas ataupun beg bimbit kepadanya.

7. Jersi Bolasepak

Hampir 80 peratus lelaki menggemari bolasepak. Walaupun mereka tidak lagi bermain bolasepak, mereka mempunyai kelab yang digemari mereka. Belilah jersi bolasepak kelab kegemaran boss anda.

8. Dash Cam

Pernahkah anda melihat video yang mana dash cam yang telah dipasang membantu menyelamatkan pemandunya daripada disaman oleh pihak berkuasa? Mesti boss anda seronok bila dapat aksesori kereta ini.

9. Tali Pinggang

Sama seperti dompet, tali pinggang merupakan salah satu aksesori yang jarangkali ditukar ganti. Kebanyakan lelaki hanya mempunyai satu tali pinggang sahaja dan ianya merekah dan tampak tidak cantik. Belilah tali pinggang baru untuk boss anda.

10. Perfume - Hadiah Untuk Boss Lelaki Yang Terbaik

TheRichScents Perfume Online

Siapa yang tidak suka pakai perfume? Boss anda mesti menyukai hadiah ini kerana ianya akan membuatkan boss anda bau sangat menarik dan dapat meningkatkan keyakinannya.

Demikian merupakan 10 hadiah untuk boss lelaki. Menarik kan hadiah-hadiah ini untuk diberikan kepada boss anda? Layari kategori perfume khas untuk boss anda sekiranya anda ingin mencari perfume lelaki atau perfume wanita yang sangat berkualiti untuk boss anda.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!