perfume tahan lama

Tips Memilih dan Membeli Perfume Tahan Lama Sepanjang Hari

Mencari sebuah perfume tahan lama memang tidak mudah. Ada banyak faktor yang perlu kita lihat, dari bauan yang memukau atau harga yang berpatutan. 

Tidak ketinggalan, kita juga ingin wangian yang bertahan sepanjang hari. Jika anda sedang mencari perfume tahan lama, maka artikel ini adalah untuk anda.

Kenapa Perfume Tahan Lama Begitu Penting?

perfume tahan lama

Seseorang itu boleh diingati melalui bauan mereka. Itulah sebabnya, memilih sebuah perfume tahan lama adalah keputusan yang penting. 

Selain menambah keyakinan, perfume juga mempengaruhi bagaimana orang lain memandang kita.

Bahan-Bahan Utama dalam Perfume Tahan Lama

Perfume yang tahan lama biasanya mengandungi bahan-bahan seperti minyak esensial, alkohol, dan air. 

Minyak esensial adalah bahan yang memberikan bauan asli kepada perfume. Semakin tinggi kepekatan minyak ini, semakin lama wangian akan bertahan. 

Oleh itu, jika anda mencari perfume tahan lama, pilihlah produk dengan kepekatan minyak esensial yang lebih tinggi.

Jenis Perfume dan Ketahanannya

Ada beberapa jenis perfume berdasarkan kepekatan minyak patinya. Untuk penjelasan penuh, anda boleh baca artikel jenis-jenis minyak wangi di pasaran.

Jika tujuan utama anda adalah untuk memiliki wangian yang tahan lama, Eau de Parfum (EdP) adalah pilihan yang sangat tepat. 

Ketahanan wangian dari EdP boleh mencapai hingga 6 jam atau lebih, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk acara-acara penting atau situasi di mana anda ingin berbau wangi sepanjang hari.

Sebaliknya, Eau de Toilette (EdT) memiliki kepekatan minyak esensial yang lebih rendah antara 5-15%. 

Hasilnya adalah aroma yang lebih ringan dan lebih segar daripada EdP. Namun, ini juga bermaksud EdT kurang tahan lama, hanya bertahan sekitar 3-4 jam. EdT mungkin adalah pilihan yang baik untuk kegunaan harian.

Jika anda mencari sesuatu yang sangat ringan dan segar, maka Eau de Cologne (EdC) adalah pilihannya. 

Dengan kepekatan minyak esensial hanya antara 2-4%, EdC adalah yang paling ringan di antara semua jenis perfume. EdC sesuai untuk program ringkas ataupun bersukan.

Cara Pemakaian Jenis Perfume Tahan Lama

perfume tahan lama

Tips Perfume Tahan Lama

Setiap orang mahu wangian yang mereka pakai tahan lama. 

Memilih jenis perfume yang sesuai adalah langkah pertama, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh dilakukan untuk tingkatkan ketahanan wangian. 

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda:

Simpan Di Kawasan Sejuk

Perfume, terutamanya yang mempunyai kepekatan minyak pati yang tinggi, amat sensitif terhadap perubahan suhu dan sinar matahari. 

Suhu yang terlalu tinggi atau sinaran matahari secara langsung boleh menjejaskan komposisi kimia perfume yang akan mempengaruhi ketahanan dan keharumannya. 

Oleh itu, simpanlah perfume anda dalam keadaan sejuk atau di tempat yang teduh dan kering.

Letakkan di Titik Nadi

Titik nadi adalah bahagian tubuh yang mempunyai aliran darah paling cepat. 

Titik ini mempunyai haba yang sedikit tinggi berbanding kawasan lain dan ini membantu mengaktifkan wangian.

Bahagian ini termasuk pergelangan tangan, leher, dan belakang telinga. 

Meletakkan perfume pada titik nadi akan membuat wangian lebih tahan lama dan baunya lebih kuat.

Jangan Gosok Perfume

Ramai orang akan menggosok kawasan yang telah disapukan dengan perfume. 

Sebenarnya, perkara ini boleh merosakkan struktur molekul bauan dan buat wangian hilang kebersanan.

Apabila anda menggosok kawasan yang telah disapu, haba yang dihasilkan boleh menjejaskan ketahanan wangian. 

Oleh itu, cukup sembur dan biarkan ia kering secara semula jadi.

Perfume EDP atau EDT tahan lama?

Eau de Parfum (EDP) memiliki konsentrasi essence yang lebih tinggi dibandingkan dengan Eau de Toilette (EDT). 

Sebab itu, EDP cenderung lebih tahan lama dalam hal keharuman dan dapat bertahan hingga 5 hingga 8 jam setelah disembur. 

Di sisi lain, EDT memiliki konsentrasi yang lebih rendah dan umumnya dapat bertahan sekitar 3 hingga 5 jam.

Meskipun demikian, faktor seperti jenis perfume, kulit individu, dan kegiatan sehari-hari juga dapat mempengaruhi lamanya wangian perfume itu bertahan. 

Setiap orang mungkin memiliki pilihan peribadi tentang kekuatan dan ketahanan aroma perfume yang diinginkan.

Ketahanan EAU de parfume adalah menjadi pilihan admin.

Temui Jenis Minyak Wangi Anda di The Rich Scents

Apabila anda mencari perfume yang tahan lama, kami di The Rich Scents boleh membantu anda memilih perfume yang tahan lama. 

Dengan pelbagai pilihan wangian yang menarik, kami menawarkan kualiti yang terbaik untuk anda.

Jika anda seorang lelaki yang mencari perfume tahan lama berbau segar, anda boleh lihat Aquatic Aqua atau Gently Guilty manakala jika anda seorang wanita, anda boleh lihat Bloom Scents atau Myracle

Anda juga boleh lihat katalog penuh atau WhatsApp kami untuk pembelian.

Selain itu, jika anda berminat untuk jana pendapatan dengan share perfume dari The Rich Scents komisyen sehingga 24%, anda boleh daftar sebagai Affiliate dan mula jana pendapatan tanpa modal.

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!