Kami dah mula bercuti hingga 12.4.2024. Selamat Hari Raya Aidilfitri!
punca masalah bau badan

Badan Anda Berbau? Jom Ketahui 5 Punca Masalah Bau Badan

Artikel ini akan membincangkan tentang 5 punca masalah bau badan.

Apabila anda menjumpai orang yang baru sahaja anda kenali buat kali pertama, semestinya anda mahu individu tersebut mempunyai pandangan yang baik terhadap diri anda. Namun, semua perkara itu boleh terjejas dengan bau badan anda.

Sekiranya badan anda seringkali mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan, maka mereka mempunyai tanggapan yang buruk terhadap anda serta berasa tidak selesa setiap kali anda bersama mereka. Oleh yang demikian, jom kita ketahui 5 punca masalah bau badan.

1. Punca Masalah Bau Badan Disebabkan Perubahan Hormon

Usia yang semakin meningkat akan meningkatkan risiko untuk mengalami menopaus bagi para perempuan. Bila ianya terjadi, perempuan tersebut akan banyak berpeluh disebabkan oleh keupayaan untuk mengawal suhu badan menjadi semakin kurang disebabkan hormon.

Selain itu, individu yang menghidap penyakit seperti hipertiroidisme juga akan banyak berpeluh dan ianya menjadi punca badan kita berbau. Penyakit ini menyebabkan peningkatan metabolisme badan dan degupan jantung.

2. Ubat-ubatan

Adakah anda mengambil ubat-ubatan preskripsi yang diberikan oleh doktor pakar seperti insulin atau ubat antimurung? Jika ya, ubat-ubatan ini akan menyebabkan badan anda berpeluh dengan kadar yang banyak disebabkan oleh kesan sampingan daripada ubat itu.

Namun, sekiranya ubat-ubatan itu memang diperlukan supaya anda boleh terus melakukan aktiviti harian anda tetapi membawa kesan sampingan yang membuatkan anda berpeluh, maka anda perlu cari cara untuk menghilangkan bau yang terhasil daripada peluh anda.

3. Masalah Bau Badan Disebabkan Adanya Perubahan Stress dan Anxiety

Tidak kira sama ada anda bekerja di tengah panas terik ataupun di dalam bilik yang berhawa dingin, anda boleh berpeluh disebabkan oleh stress ataupun serangan anxiety. Namun, kenapakah ianya menjadi punca masalah bau badan?

Ini adalah kerana tubuh badan kita akan mengeluarkan peluh supaya ianya dapat menenangkan suhu badan anda supaya ianya kembali ke paras suhu yang normal. Jadi, emosi anda pada masa itu akan membuatkan saraf pada kelenjar peluh akan diaktifkan.

Apabila anda mengalami emosi yang membuatkan anda merasa tertekan, sistem saraf pada kelenjar peluh akan mengesan perubahan suhu badan yang meningkat serta badan anda menghasilkan endorfin untuk membantu anda merasa lebih baik.

4. Aktiviti Harian Yang Sibuk

Tidak dinafikan bahawa apabila anda melakukan pelbagai aktiviti sepanjang waktu pagi hingga malam, badan anda akan mula berpeluh. Orang yang bekerja di dalam bilik berhawa dingin juga akan berpeluh apabila mereka bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka.

Punca utama badan berbau ialah disebabkan oleh peluh. Anda mungkin tidak berpeluh di bahagian kepala anda, namun bahagian ketiak anda mesti akan mengeluarkan peluh tambah-tambah lagi apabila anda berasa gementar.

Sebagai contoh, pekerja khidmat pelanggan yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin juga akan berpeluh apabila mereka diserang oleh pelbagai soalan yang mereka tidak boleh jawab disebabkan oleh faktor gementar dan resah.

5. Masalah Kesihatan

Peluh berlebihan seringkali terjadi kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan. Ada yang mengetahui yang mereka tidak sihat, manakala ada juga yang tidak mengetahuinya.

Penyakit seperti diabetes, buah pinggang, dan penyakit hati adalah antara jenis-jenis penyakit yang akan memburukkan bau badan pesakit tersebut. Oleh yang demikian, adalah bagus untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Kerosakan saraf diabetis bagi penghidap penyakit kencing manis akan menyebabkan individu tersebut mengeluarkan peluh yang berlebihan disebabkan saraf yang berperanan untuk membantu tubuh anda mengawal peluh menjadi rosak.

Demikian merupakan 5 punca masalah bau badan yang anda perlu ketahui. Oleh yang demikian, anda perlulah mengetahui sama ada anda mempunyai salah satu daripada punca-punca yang diterangkan seperti di atas dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi bau badan anda.

Apa yang anda boleh lakukan ialah menjaga kesihatan tubuh badan dengan baik supaya anda dapat mengelakkan diri daripada menghidapi masalah-masalah di atas. Anda juga boleh mendapatkan wangian perfume yang dapat menyembunyikan bau yang tidak selesa melalui link ini. 

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!