Artikel ini akan menerangkan tentang panduan memilih minyak wangi lelaki.
Rata-rata rakan lelaki saya tidak memakai perfume sebagai aksesori harian mereka. Dan juga tiada tips memilih minyak wangi lelaki boleh dijadikan panduan untuk mereka memilih perfume apakah paling sesuai dan kena dengan cara kehidupan seharian mereka.
Perfume adalah aksesori yang halimunan dalam personal style manusia. Ia merupakan senjata paling hebat untuk orang lain melihat dan mengingati tentang kita
Dalam blog saya kali ini, saya akan memberi tips memilih perfume untuk lelaki paling sesuai mengikut cara kehidupan sehari kita.
Mari kita bermula dengan pekerjaan dahulu.
Tips memilih minyak wangi lelaki – luar pejabat
Anda adalah seorang yang selalu bekerja diluar, hanya masuk kepejabat pada waktu pagi dan keluar samaada berjumpa pelanggan atau memantau projek syarikat.
Anda memerlukan minyak wangi lelaki yang beraroma aromatic kerana selalunya perfume sebegini tahan dan ia juga dapat menutup bau peluh akibat cuaca negara kita yang panas. Selain dari itu minyak wangi lelaki yang fresh dan fresh spicy juga antara yang saya boleh katakan sesuai. Ada pelanggan kami yang mengatakan bahawa perfume untuk lelaki seperti diatas juga boleh menutup punca masalah bau badan. Cuma perfume fresh selalunya perlu disembur lagi kerana kekuatan perfume ini tidak berapa tinggi apabila anda berada diluar.
Tips memilih perfume untuk lelaki – dalam pejabat
Apabila anda datang kepejabat, semestinya anda inginkan rakan-rakan anda lihat anda berada di tahap terbaik. Perfume yang berbau citrus atau woody adalah pilihan yang saya sarankan untuk anda pilih (perfume ini juga boleh menyahkan punca masalah bau badan). Tetapi kadang-kadang perfume yang ada unsur aromatic-fougere boleh dijadikan perfume khas jika anda memilih untuk tidak berada dalam kelompok itu.
Pendapat saya ialah masalah minyak wangi yang selalu dipilih dalam suasana kerja didalam tempat berhawa dingin ni adalah apabila kita memakai minyak wangi yang terlalu manis. Bau yang manis itu akan menjadi sangat menyerlah apabila kita berada dalam tempat yang tertutup dan rakan-rakan sekerja kita boleh menjauhkan diri secara tidak sengaja.
Tips memilih Minyak Wangi Untuk Lelaki – Maskulin
Ada yang kata bau macho. Walau apa pun kategori minyak wangi ini selalu dikaitkan dengan bau yang kuat & tahan lama. Saya suka untuk mensarankan bauan dari cinnamon yang sangat mengambarkan lelaki yang inginkan bau perfume yang maskulin. Selain dari itu bauan dari caramel dan coffee juga sesuai untuk lelaki kategori ini.
Tips memilih perfume untuk lelaki – Remaja
Remaja memang selalu dikaitkan dengan kehidupan mereka yang sangat aktif. Punca masalah bau badan boleh dikaitkan dengan aktiviti lasak mereka. Mereka memerlukan minyak wangi yang trendy dan sesuai dengan jiwa mereka yang muda. Saya menyarankan beri mereka minyak wangi yang ada bau dari pink pepper yang agak pedas, bauan dari marine dan mint.
Diharap tips-tips diatas memberi manfaat kepada anda yang membaca dan dapat memilih perfume yang sesuai dengan kerjaya masing-masing.
Jika anda ingin memilih minyak wangi untuk wanita dan minyak wangi untuk lelaki, boleh lihat di kalatog online kami atau jemput datang sendiri ke butik The Rich Scents yang terletak di Kajang, Selangor.
One Response
Thanks for sharing.
hadiah untuk perempuan
minyak wangi lelaki