Minyak Wangi Terlaris

Minyak wangi terlaris pada minggu pertama Januari 2020

Terima kasih kerana masih membaca blog kami The Rich Scents.

Di dalam blog kali ini kami senaraikan minyak wangi terlaris di The Rich Scents samaada jualan di Bazar-bazar, jualan di kedai online kami, jualan melalui ejen-ejen yang dilantik dan menerusi affliate setia kami.

Minyak wangi wanita terlaris

Minyak wangi wanita The Rich Scents terlaris pada minggu pertama tahun 2020 ini adalah:-

Baca juga : Masalah Bau Badan?

Bombshell Eau De Parfum

BOMBSHELL EDP FOR WOMEN

Perfume Bombshell ini adalah wangian fruity floral iaitu kombinasi perfume bau fruity, sweet dan citrus. Diinspirasikan dari fragrance jenama antarabangsa dan dilancarkan pada tahun 2010.

Top notes : citrus, passion fruit, grapefruit. Middle notes : Peony dan Vanilla Orchid. Base notes : Pine Tree.

Sillage dan ketahanan minyak wangi ini adalah sederhana. Sesuai dipakai waktu siang sewaktu berkerja di pejabat dan ke kolej. Setiap wanita yang meminati wangian perlu ada wangian ini dalam simpanan kerana baunya memang tidak akan mengecewakan. Bombshell ini adalah minyak wangi terlaris untuk wanita untuk minggu lepas

HOPES PERFUME 40 ML EDP SPRAY BY THE RICH SCENTS FOR WOMEN

Perfume Hopes ini adalah signature perfume jenama The Rich Scents. Ianya adalah wangian floral fruity untuk wanita iaitu berbau fruity, sweet dan vanilla.

Sillage dan ketahanan minyak wangi ini adalah sederhana. Sesuai dipakai pada siang hari bersiar-siar dan membuat aktiviti luar. Apa yang kami boleh katakana bahawa ianya adalah untuk wanita yang mencari wangian yang ‘Feminine, Sweet, Classy and Catchy smell’.

LOLA EDP FOR WOMEN

Perfume Lola ini adalah wangian floral fruity untuk wanita iaitu berbau rose, floral dan fresh. Diinspirasikan dari fragrance jenama antarabangsa dan dilancarkan pada tahun 2009.

Nota Utama : pink pepper, bunga peony dan rose. 

Sillage minyak wangi ini adalah sederhana dan ketahanannya adalah sederhana ke berat. Sesuai dipakai waktu petang ke malam sewaktu anda keluar membeli belah dan makan malam. Anda suka bau floral dan vanilla, ini adalah pilihan yang tepat.

Minyak wangi lelaki terlaris

Minyak wangi lelaki The Rich Scents terlaris pada minggu pertama tahun 2020 ini adalah:-

Baca juga : Info mengenai The Rich Scents

angel a*men eau de parfum

A*MEN EDP FOR MEN

Perfume A*Men adalah jenis wangian oriental woody untuk lelaki iaitu berbau sweet, warm spicy dan caramel. Diinspirasikan dari fragrance jenama antarabangsa dan dilancarkan pada tahun 1996.

Nota Utama :  caramel, coffee & patchouli

Sillage minyak wangi ini adalah sangat kuat dan sangat tahan lama. Sesuai dipakai pada malam hari untuk khas untuk wangian ke majlis-majlis esekutif. Dianggap sebagai wangian yang kuat, kombinasi unik yang kaya dengan aroma ini menarik perhatian di mana pun ia dipakai. A*Men ini adalah minyak wangi lelaki terlaris untuk minggu lepas

HUGO RED EDP FOR MEN

Perfume Hugo Red ini adalah wangian oriental-spicy untuk lelaki iaitu berbau sweet, fruity dan citrus. Diinspirasikan dari fragrance terkenal jenama antarabangsa dan dilancarkan pada tahun 2013.

Nota Utama: rhubarb, grapefruit & pineapple

Sillage dan ketahanan minyak wangi ini adalah sederhana. Sesuai dipakai diwaktu siang ketika anda ke pejabat, kolej dan membuat aktiviti luaran. Manis, muda dan energik. Amat baik dalam cuaca panas tropika. Boleh dipanggil minyak wangi untuk remaja masakini.

Desire Blue Eau De Parfum

DESIRE BLUE EDP FOR MEN

Perfume Desire Blue ini adalah jenis wangian aromatic-green untuk lelaki iaitu berbau citrus, marin dan aromatic. Diinspirasikan dari fragrance jenama antarabangsa dan dilancarkan pada tahun 2002.

Nota utama: litchi, sea notes & orange

Sillage perfume ini adalah sederhana, mempunyai ketahanan yang sederhana. Ia sesuai untuk hari kerja kasual dan hujung minggu.

The Rich Scents

Semua Orang Boleh Wangi

Komen Di Sini

Leave a Reply