hadiah untuk isteri

7 Pilihan Istimewa Sebagai Hadiah Untuk Isteri

Ketika usia perkahwinan meningkat, ramai yang mula berasa hubungan suami isteri semakin bosan dan hambar. Sehinggakan terdapat banyak kisah-kisah masalah rumah tangga yang dikongsikan di media sosial. Kebanyakan masalah ini bermula daripada kurangnya komunikasi antara suami isteri.

Mungkin ramai yang beranggapan apabila sudah berkahwin, masing-masing boleh saling memahami tanpa perlu berbicara. Lagaknya seperti pasangan ada kuasa untuk membaca minda pula. 

Hadiah Untuk Isteri

hadiah untuk isteri

Tahukah anda, terdapat pelbagai kaedah komunikasi selain daripada berbual dan menyatakan “I love You”? Antaranya seperti saling membantu, merenung ke dalam mata pasangan dan memberikan hadiah untuk isteri dan menggembirakannya. Untuk isteri pula, boleh lihat Hadiah Birthday Untuk Lelaki Yang Menarik untuk beri pada suami anda.

Lebih-lebih lagi isteri merupakan  wanita yang setia bersama kita dan berkorban untuk melahirkan anak-anak kita. 

Tapi bila dah selalu hidup bersama isteri, mesti rasa buntu apa lagi hadiah yang isteri suka? Ketika bercinta, sudah macam-macam benda yang kita berikan sampai tak tahu apa lagi yang lebih istimewa sebagai hadiah untuk isteri.

Lagipun sejak sudah berumah tangga, isteri pun dah berubah selera ke arah barang-barang rumah. Jadi selalunya apa yang isteri-isteri akan suka ya? Mari lihat senarai hadiah untuk isteri di bawah.

1. Beg Tangan

hadiah untuk isteri

Beg tangan besar sesuai untuk diberikan kepada isteri. Yalah, selain nak simpan kunci rumah, kunci kereta dan barang-barang mekap, mesti nak kena simpan barang-barang anak juga.

Anda juga boleh belikan purse organizer supaya nanti tak adalah barang yang hilang tersorok dalam beg isteri. Selain itu, rajin-rajinlah tolong isteri bawakan begnya. Mesti bahu isteri dah lenguh sebab hari-hari kena buat kerja dapur. 

2. Baju Baru

Walaupun terasa klise tapi mesti isteri anda takkan tolak jika anda bawa dia beli baju baru. Setelah beberapa tahun berkahwin mesti terasa baju semua dah out fashion, jadi sesekali kenalah beli baju baru dengan trend dan design terkini.

Baru naik seri isteri seperti muda remaja kembali hanya dengan mengikuti fesyen terbaru, sesuai sebagai hadiah untuk isteri.

3. Cadar Patchwork

Cadar di rumah yang mungkin dah lusuh kerana digunakan sejak awal perkahwinan bolehlah ditukar baru. Kadang-kala isteri minta tukar bukan sengaja nak bazirkan duit, tapi dah pedih mata tengok kesan-kesan kotoran pada cadar. 

Terutama kalau yang ada anak kecil yang suka bermain dengan pen dan marker. Jadi kalau belikan cadar patchwork design terkini hadiah untuk isteri mesti isteri suka. Bukan sahaja nampak comel tetapi materialnya memang nyaman untuk digunakan ketika tidur. 

4. Langsir

hadiah untuk isteri

Raya nak dekat, pasti isteri anda meminta nak tukar langsir baru. Mesti isteri beri alasan langsir lama dah nampak out fashion dan malu bila orang datang beraya. Sebenarnya isteri bukan apa, nak jaga air muka suami juga.

Takut nanti mak mertua complain isteri tak pandai menghias rumah. Langsir juga antara perkara pertama yang tetamu nampak bila masuk bertandang ke rumah.  Bila tetamu puji langsir cantik, isteri juga akan seronok dan kembang mekar senyumannya di pagi raya jika langsir sebagai hadiah untuk isteri.

5. Tiket Percutian

Jika isteri anda suri rumah sepenuh masa, pasti dia dah bosan duduk di rumah sepanjang waktu. Isteri yang bekerjaya juga mesti sudah rasa jemu degan pemandangan yang sama sahaja di bandar.

Apa kata anda bawa isteri anda bercuti sebagai hadiah untuk isteri yang sudah banyak berkorban demi anda, anak-anak dan keluarga. Tak perlu bercuti ke luar negara pun, sekadar bawa dia ke pantai dan makan malam di restoran baru sudah terasa istimewa.

6. Pakej Urutan Spa

Selain bercuti, anda juga boleh hantarkan isteri anda ke spa untuk urutan yang menyegarkan badan. Urutan wajah dan seluruh badan bukan sahaja dapat menghilangkan lenguh isteri anda yang sudah banyak berkorban masa dan tenaga untuk menguruskan rumah.

Malah ia juga boleh menaikkan seri isteri anda supaya nampak ayu dan awet muda. Anda juga boleh cari tempat yang menyediakan urutan untuk lelaki. Bolehlah anda luangkan masa bersama di salun rawatan spa tersebut. 

7. Minyak Wangi

barang hantaran lelaki

Lebih istimewa lagi apabila anda memilih hadiah untuk isteri anda secara peribadi. Sebagai contoh, cari pilihan minyak wangi yang sesuai dengan personaliti isteri anda.

Terutama jika isteri anda sukakan bunga, pilihlah minyak wangi dengan bauan floral yang lembut. Ia akan menyerikan lagi aura personaliti isteri anda serta sesuai untuk legakan stress kerana ada efek aromaterapi. 

Dengan gabungan ros dan patchouli, minyak wangi Dreamer by The Rich Scents akan membuatkan isteri anda berasa senang dan bersemangat untuk melakukan kerja setiap pagi. Ada juga bauan segar dan mewah minyak wangi Hopes yang juga tahan lama sehingga ke petang.

Apabila isteri anda  tercium bauannya ketika waktu rehat, ia membuatkan isteri anda berasa nyaman dan teringatkan anda yang telah membelikan minyak wangi tersebut.

Terdapat banyak lagi minyak wangi tahan lama dan mesra solat dari The Rich Scents. Pelbagai bauan juga boleh didapatkan dalam katalog The Rich Scents yang membawakan anda minyak wangi inspirasi daripada bauan jenama mewah serta minyak wangi yang sudah tiada lagi di pasaran. 

Dapatkan minyak wangi tahan lama dan mesra solat dengan melayari lihat katalog minyak wangi wanita terbaik sebagai hadiah untuk isteri anda. Jika perlukan bantuan, anda boleh hubungi kami atau Whatsapp kami. 

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!

Komen Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INGIN KUPON DISKAUN?

Daftar segera disini!